KENAPA QURBAN CARE KE TANAH SARI, MYANMAR? 🇲🇲
🐄 100 EKOR LEMBU QURBAN
untuk keluarga Melayu Muslim yang sangat memerlukan di Tanah Sari @ Bokpyan.
Dengan hanya:
RM490 — 1 bahagian lembu
Anda sudah mampu menghadirkan kegembiraan
kepada mereka yang menunggu setahun sekali…
🌍 Setiap tahun, lebih 50,000 umat Islam dalam kalangan asnaf dan fakir miskin di pelbagai negara menerima manfaat bantuan daging qurban dan aqiqah melalui Muslim Care Malaysia.
“Jangan lupa kami… nanti mai tengok lagi ya…”
— kata Hj Ahmad, seorang imam dengan nada sayu sebelum kami berangkat pulang dari misi yang lalu.
Kata-kata itu bukan sekadar ucapan perpisahan,
tetapi suara harapan daripada komuniti yang hampir dilupakan.
📍selatan Myanmar, di wilayah Tanintharyi yang dikenali sebagai Tanah Sari @ Bokpyan, terdapat ribuan keluarga Melayu Muslim yang hidup dalam keadaan seolah-olah tertinggal lebih 60 tahun ke belakang berbanding kita di Malaysia.
Dalam serba kekurangan, mereka tetap:
✔️ Mempertahankan aqidah Islam
✔️ Menjaga budaya dan adat Melayu
✔️ Bertutur dalam Bahasa Melayu
✔️ Mewarisi tulisan jawi sebagai identiti
Walaupun jumlah mereka hanya sekitar 27,000 orang,
warisan Melayu masih kekal hidup di bumi asing.
🕌 Warisan Melayu Yang Masih Hidup
Mereka masih bertutur dalam dialek Melayu, menulis jawi dan mengekalkan adat serta cara hidup Melayu —
walaupun hidup sebagai minoriti di negara orang.
Namun mereka sering disalah faham —
dianggap Rohingya atau Melayu Champa,
sedangkan mereka adalah komuniti Melayu tersendiri yang unik.
🥩 QURBAN ANDA, MAKNA BESAR BUAT MEREKA